Ni resepi utk topping kek coklat moist tuh.. kalu rajinla. Kalu malas, gune jer cooking chocolate hehe.. resepi ni mmg sedap.. x ingat dpt ktne.. tp mmg berbaloi kalu nk cube.
Chocolate Topping
Bahan-bahan
½ cawan serbuk koko
½ cawan gula halus (kalu x suka manis, boleh kurangkan)
¾ cawan air
½ sudu kecil garam halus
¼ cawan tepung jagung
1 cawan susu pekat manis
2 sudu mentega
Cara-cara
1. Gaulkan koko, gula, garam , air, tepung jagung, susu cair sehingga sebati semua kedalam periuk dan jerang diatas api yang kecil.
2. Kacau jangan berhenti dan bila pekat masukkan mentega. Kacau hingga masak.
3. Sapu atas kek yg dh sejuk. Untuk mencantikkan lagi, tabur badam yang dicincang atau chocolate rice.
No comments:
Post a Comment