Pages

Welcome

We bring you delicious varieties of cupcakes, cakes and desserts in many different flavours. Each cupcake and other sweet fairy cakes and desserts are made fresh with the finest and freshest ingredients to deliver the best taste and quality for you and your loved ones. Great for special celebrations and equally delectable for any other occasions such as wedding receptions, birthdays, family gatherings etc. Satisfaction guaranteed.

Luv,
Sweet Fairy

Monday, August 13, 2007

Moist Choc Cake


Hehe.. tgh busy marking nih. Break jap. Naye lak anak2 nih punyer marks nnt. Utk Daleena & Sue.. ni resepi Moist Choc Cake yg Akem selalu buat & bawak utk potluck kt opis. Adaptation dr blog resepi Diana & di alter sesedap rase. Cube yer. Adios ;)


Moist Choc Cake

Bahan
2 cawan minyak masak
2 cawan gula pasir
2 cawan serbuk koko
2 cawan susu sejat
1 tin susu pekat manis
1 tin susu air suam
1 sudu teh garam
1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung naik sendiri
2 sudu teh soda bicarbonate
6 biji telur (saiz sederhana)
125ml susu segar (1/2 kotak kecil)

Cara

1. Campur minyak, gula dan koko ke dalam periuk. Kacau sebati. Masukkan pula susu sejat, susu pekat manis, garam dan air suam. Guna handwhisk, kacau dan masak sebentar atas api kecil sehingga semua larut (x perlu sampai mendidih).
2. Tepung gandum, tepung naik sendiri dan soda di ayak 2 kali.
3. Telur dipukul kembang dan dicampur dgn campuran koko yg telah sejuk. Gaul rata.
4. Masukkan tepung diselang-selikan dgn susu segar. Gaul sebati (kacau satu arah guna handwhisk).
5. Alaskan loyang dgn aluminium foil/baking sheet. Gris dengan mentega/marjerin. Tuang adunan dalam loyang saiz 8x8 inchi, dalam 1/3 dr dasar loyang. Adunan akan naik sekali ganda bila dibakar.
6. Biarkan adunan selama 1 jam sebelum dibakar.
7. Bakar selama 30 - 40 minit dgn api sederhana. 10 minit terakhir bakar guna api bawah shj.

Note:

Resepi ni utk 2 – 3 biji kek, bergantung kpd saiz loyang. Tp.. selalunyer akem buat 4 biji yg nipis.. (bakar kek tuh kurang dr 30 minit, nnt hangit la plak) pastu buat jd 2 lapis. Tgh lapisan kek tuh letakkan coklat (cam kt kedai kek tuh). So.. dptla 2 biji kek yg tinggi dlm 2.5 inchi. Kek ni boleh tahan dlm seminggu kalu x letak dlm fridge (tp selalu x sempat pn nk simpan hehe..). Kalu simpan dlm fridge, 2 minggu tahan (tp kene kuarkan 2 jam sebelum nk mkn, biar ilang sejuk.. br sedap)


Untuk versi cupcakes seperti di atas, adunan ni boleh menghasilkan 150 biji mini cupcakes. Gunakan cupcakes tray supaya bentuknya cantik dan taburkan dengan almond nibs untuk hiasan. Bakar selama 15-20 minit shj.

No comments:

Post a Comment

Search This Blog