Ni resepi yg akem dpt dr website Hanalieza. Dh alter skit. Sedap.. kuih org dulu2. Adunan ni kalu rajin, buat la kecik2. Akem buat utk raya ari tuh besar2, bila kuar dr oven sekali tgk sebijik mcm cekodok penyet.. hehe.. tp bila salut ngan gula icing tuh cantik la pulak ;)
Bahan Doh/Kulit (50 biji)
600 gm tepung gandum
80 gm gula halus minyak sapi (ikut lembut boleh kepal)
Bahan Inti
150 gm kacang tanah
30 gm gula halus
Gula icing (untuk salut kuih)
Cara
1. Gaulkan semua bahan Doh sehingga lembut dan boleh dibentukkan.
2. Kacang tanah dibakar dalam oven selama 20 minit [sehingga kulit boleh tanggal bila di gosok kacang] Mesinkan kacang dan gaulkan dengan gula.
3. Ambil doh dan leperkan. Masukkan inti. Bentukkan bujur.
4. Bakar dalam suhu sederhana selama 20 - 25 minit [sehingga nampak masak]. Sejukkan baru golekkan dalam gula icing.
No comments:
Post a Comment